Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Kuala Lumpur Bike Week 2019 Meriah!

Kuala Lumpur Bike Week 2019 yang berlangsung selama dua hari di The Hangar, Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur, berjaya  menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Pengajuran ini bersempena ulangtahun Red Garage ke 10  dalam edisi " KL Bike Week 2109 " Antara acara yang menarik perhatian pengunjung seperti ; -Kustom Bike Show -Classic & Vintage Bike Fiesta -Kustom Bike Competition -Harley Davidson Wheelie & Stunt Show -Concert -Bikers Movie Under The Star -Indie Music Fest -Food Truck Pengajuran kali ini sememangnya luar biasa tambahan dengan pula dengan kerjasama padu Retro Havoc Gathering Vol.2 yang menampilkan pelbagai model supercar, klasik, vintage dan banyak lagi model kustom yang kaboom.

CBR 1000 RR-R Fireblade 2020 #CBRMalaysia

Berita baik untuk peminat sukan permotoran terutamanya superbike. Kini CBR 1000RR-R Fireblade bakal mendarat di Malaysia tidak lama lagi, kemungkinan tahun depan. Apa yang menarik dengan CBR 1000RR-R baharu ini ialah ia diadaptasi dari jentera lumba Honda Racing 'Honda RV213-V' dengan enjin 4 silinder 999cc yang menghasilkan 215 kuasa kuda @14,500rpm. Rekabentuk yang Aerodinamik ditambah pula dengan teknologi jentera Honda Racing  pasti membuatkan peminat superbike terpikat !! 

CBR250rr Malaysia 2020

CBR 250RR pasti antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat motosikal berkuasa tinggi dalam ketegori 250cc. Setelah pelancarannya di Thailand dan Indonesia, diharapkan model ini bakal menerjah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Reka bentuk yang Lebih memukau ala-ala CBR 1000rr yang Baharu pasti menambahkan nilai dan menarik perhatian ramai. Ditambah pula model ini digunakan oleh Idemitsu Boon Siew Honda Racing untuk perlumbaan ARRC dalam ketegori 250cc. Antara lain motosikal ini dilengkapi dengan lampu depan dan belakang LED Serta enjin yang ditambah baik dengan kemampuan enjin untuk mencecah 181km/h . Angaran harga mungkin sekitar RM30k ..

Proton MPV baru mengantikan Exora

Proton sekali lagi bakal mengegarkan arena permotoran negara dengan MPV Exora Baharu 2020, ini menyaksikan kerjasama padu antara Proton Dan Geely. Berdasarkan kemampuan Geely menghasilkan kenderaan berkualiti bertaraf dunia dapat disaksikan dengan kejayaan Proton X70. Tidak terhenti setakat itu sahaja, proton bakal membawa masuk sebuah lagi model bagi mengantikan Proton Exora. Geely jia ji MPV bakal menjadi platform untuk model Exora. Teknologi baru bakal melengkapi model baru ini seperti : Kawalan Pelayaran Pintar (ICC) Bantuan Kekal Laluan (LKA) Bantuan Parkir Automatik (APA) Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki Bantuan Tukar Laluan (LCA) Pengesan Titik Buta (BSD) Identifikasi Had Kelajuan (SLIF) Amaran Pelanggaran Belakang (RCW) Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

Nissan Almera 1.0L Turbo

Nissan Almera bakal mendapat perhatian  khusus selepas pelancaran Nissan Almera Baru di Thailand baru-baru ini. Almera Baharu dilengkapi dengan enjin Lebih mesra alam 1.0L turbocharged tiga selinder. Kuasa tork  122 hp dan 154 Nm  yang dipacukan oleh enjin1.0L berkuasa turbo pasti melegakan pemandu terutamanya ketika pemanduan di kawasan berbukit. Nissan Almera Baru juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan teknologi terkini. Pastinya kehadiran model baru ini memberi kepuasan pemanduan dan memenuhi citarasa pemandu yang inginkan jentera yang cekap pengunaan bahan api namun tetap berkuasa.

Honda City Serba Baharu 2020

Pelancaran Honda City Generasi  kelima di Thailand baru-baru ini memberi nafas baru buat model Honda City selepas pelancaran Honda elancaranJazz Baharu di Jepun. Honda City 2020 seakan model Honda Civic, namun begitu Honda City berada dalam kelasnya yang tersendiri. Gayaan lampu depan dan belakang menyerlahkan lagi model ini agar tampak lebih dinamik dan sporty. Tambah pula kemasan ruang dalaman (interior) yang menarik dengan paparan dashboard serba baru dan canggih. Honda City didatangkan dengan enjin lebih mesra Alam (Eco Car ) tiga silinder VTEC 1.0 turbo  yang mampu menjana kuasa122PS dan Tork Maksimum 173 Nm pada 2,000-4,000 rpm.  Saksikan Video di bawah untuk melihat model Honda City Baru ..

Suzuki V-Strorm 1050XT 2020 Line Up

Suzuki V-Storm 1050XT bakal dilancarkan setelah kemunculan buat pertama kalinya di pameran motosikal antarabangsa Eicma bertempat di Milan Italy. Kemunculan Suzuki V-Storm XT dan V-Storm XT Adventure sememangnya dinantikan oleh peminat selepas kejayaan model sebelum ini . Tidak seperti model sebelum ini, V-Storm baharu menampilkan reka bentuk yang lebih sporty dan dinamik serta dilengkapi ciri-ciri seperti ABS, SIRS -Suzuki Intelligent Ride System, Motion Track Brake System, Hill Hold Control System dan banyak elemen menarik ditampilkan  Butang controller yang mudah dicapai dengan skrin LCD pasti memberikan pengalaman baru buat peminat setia suzuki.  r

BMW Motorrad F900xr Malaysia

BMW nampaknya ingin mendominasi dunia permotoran dengan sekali lagi menampilkan model terbaru F900XR , sebuah jentera dalam keluarga "F" selepas pelancaran F850gs BMW tidak berhenti setakat itu sahaja, malah menampilkan jentera Sport Adventure F900XR,  selain F900XR BMW Motorrad juga menampilkan versi naked bike F900R bagi mengantikan F800R. F900XR tampak lebih sporty, bagi memenuhi citarasa penunggang muda dengan penambahbaiciri-ciri yang ada pada model sebelum ini.Dari segi reka bentuknya juga memberi kelainan dan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh.. Jentera baru ini lebih ringan dengan mengekalkan enjin parellel twin yang sangat berkuasa seperti model F800GS dan F850GS

Kawasaki ZH2 bakal mengegar Malaysia

Kawasaki ZH2 antara yang menjadi bualan peminat motor berkuasa tinggi khususnya peminat naked bike.  Kehadiran jentera Kawasaki ZH2 bagi menyaingi pesaing seperti Ducati yang melancarkan model Streetfighter V4, KTM juga bakal melancarkan Versi Duke baru sebagaimana teaser dalam youtube. ZH2 nampak seakan Z900 sebagaimna dalam gambar yang tertiris di Internet. Ia nampak seperti clone Z900 kalau dilihat dari segi headlight, tangki, kerangka body dan tail, namun prestasi enjin tidak diketahui. Bagi saya, ia pasti supercharged Kehadiran Z H2 sudah pasti yang ditunggu oleh peminat yang inginkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan Jenama tersohor seperti BMW, Ducati, KTM, Triumph dan Aprillia. Tidak dinafikan juga jentera Jepun menberi saingan yang begitu hebat Seperti Honda dan Suzuki.

Pelancaran Proton X50!!

Mungkin Ada yang tertanya-tanya "BILA PELANCARAN SUV X50 ?" Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi dari Pihak Proton sendiri tentang pelancaran SUV baharu ini. Menurut sumber dari BH Online, kemungkinan Proton X50 akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2020. Namun begitu Pihak Proton pasti merahsiakan tarikh sebenar Pelancaran X50. Dari sumber-sumber lain, seperti Paultan.org, PanduLaju, Careta, Mysumber dan lain-lain tidak banyak yang menyatakan dengan tepat Pelancarannya, namun yang pasti X50 akan memberi persaingan kepada model SUV lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008, Toyota C-HR ataupun menjadi cabaran kepada SUV mewah seperti Volvo V60. Berkaitan dengan enĵn, X50 mungkin dilengkapi dengan enjin Petrol 3 silinder Turbocharged tiga liter yang dibangunkan bersama Volvo dan pastinya jimat bahan api,

Proton X70 Merdeka Edition

Dream of new SUV ? How about these new variants Proton X70 Merdeka Edition. Base on High Premium 2WD, only 62 units produced. Proton X70 Merdeka Edition will be sold for RM126,100 without insurance and comes with two colors Flame Red and Snow White. Another features will be on the roof, interior, tail and uniquely there is "62 Merdeka Edition" emblems on the dash and has special ID number. The Normal Price for the Proton SUV X70 as image shown below, but The 62 Merdeka Edition is little bit higher than the normal price.