Skip to main content

Toyota Altis baru



Gambar terbaru toyota altis~sumber BHauto


Toyota Altis -dual vvti sememangnya menanti kunjungan peminat kereta modern. Dengan ciri yang serba baru dan futuristik.

 Walaupun bentuknya mirip yang lama, Altis baru ini betul-betul baru, atau Full Model Change. Yang sama mungkin hanya enjinnya, yang dilengkapi dengan kotak gear automatik empat kelajuan.
Rekaan luaran yang terlalu mudah, bodykit yang nampak ditambah kemudian, ekzos krom tunduk ke bumi dan bahagian dalaman yang tidak agresif, Altis baru ini memberikan gambaran bahawa hanya mereka yang sudah berusia layak memandunya.

Namun begitu, bila diteliti akan objektif utama Altis ini, pasti ramai yang akan faham dan setuju dengan pembaharuan ini.

Fungsi Toyota lebih meluas kerana ia dipasarkan ke hampir seluruh dunia. Dari guru pencen hinggalah kepada para-para eksekutif, Altis baru ini perlu mengisi keperluan pelbagai lapisan pembeli.

Oleh itu, ia tidak boleh terlalu dramatik dalam rekabentuknya, dan prestasi lebih hampir kepada keselesaan daripada kebolehan mengambil selekoh pada kadar halaju tinggi.
Bahagian dalam digarap plastik dwi warna yang memberikan imej mewah dan juga luas.  Panel plastik kayu turut diberikan dalam versi 1.8 G Sporty manakala kualitinya setaraf dengan model Camry.

Kerusi depan dan belakang luas serta selesa, sayang sekali tiada balutan kulit diberikan walaupun harganya sudah hampir ke penanda RM120,000.

Ruang but memadai untuk kenderaan sekelasnya dan lantai but ditutup dengan alas getah yang boleh menakung air.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan menggunakan kurang dari RM30 petrol. Mengikut komputer pada panel meter Altis ini, purata penggunaan minyak ialah di bawah paras 8L/100km - cukup menjimatkan untuk kereta sedan saiz sederhana dengan enjin 1.8L.

Jadi jika keselesaan dan penjimatan bahanapi menjadi kayu pengukur faktor pembelian kereta, sememangnya Altis patut diberi perhatian.

Toyota Altis 1.8G Sporty
Enjin: 1ZZ-FE 4-silinder sebaris 16 injap 1,794cc DOHC VVT-i
Kuasa maksimum: 130hp @ 6,000rpm
Tork maksimum: 170Nm @ 4,200rpm
Transmisi: 4-kelajuan Auto dengan Super ECT
Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, VSC, beg udara, WIL
Harga: RM120,250.00 OTR (G Sporty trim)

Popular posts from this blog

Perodua Ativa Body kit yang gempak!Ni baru Stylo..

  Inginkan Perodua Ativa anda nampak garang dan stylo?? Apakata lihat video di bawah, pasti anda inginkan Ativa anda tampak lebih menonjol dan hebat. Sememangnya Perodua Ativa lebih menyerlah kali ini dengan reka bentuk yang trendy, lebih moden dan canggih..tambah pula dengan bodykit yang gempak ini, pasti mata tertumpu pada kereta anda. Walaubagaimanapun bodykit sebegini susah untuk didapati kecuali Gear-up yang disediakan. Kata orang "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih" ..sekarang banyak kedai accesories kereta yang menawarkan bodykit yang menarik dan ranggi.

Yamaha X-max 2023 Malaysia

  Yamaha X-Max versi Baru bakal dilancarkan pada tahun ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada beberapa sumber. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran versi baharu Yamaha X-Max. Dengan design yang serba baru berserta ciri-ciri yang ditambah baik, lampu depan yang lebih cun dan menawan, meter TFT, reka bentuk yang lebih slim dan mantap.

Toyota Sienta Malaysia Officially Launched

UMW Toyota Motors Sdn Bhd brings All New Toyota Sienta to our Market, Two varints will be offered- the Sienta G which will be priced at RM 92,900 and Sienta V (higher spec) will be at RM 99,900, on the road with insurance. This new model powered by the new 1.5 liter 2NR-FE Dual VVT-i engine and equipped with more safety features such as three airbags, Anti-lock Braking System (ABS) with Electronic Brakeforce Distribution (EBD) and Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), Hill Assist Control (HAC) and come with two ISOFIX fittings on the second row. The Sienta G comes with halogen lighting and regular LED tail lamps, one-side power sliding door (passenger side) and rides on 15-inch alloy wheels. In the interior, the Sienta G comes with black fabric upholstery, standard six-speaker sound system with bluetooth-enabled 2-DIN radio and CD players, manual air-conditioning with rear blower.