Perkhabaran tentang Spekulasi Yamaha R7 akan masuk pasaran Malaysia mungkin akan terjawab sedikit masa lagi, ini kerana ianya sudah dilancarkan dan US adalah negara yang menerima kemasukkan motosikal generasi baru ini. Harga yang ditawarkan disana sekitar USD 8,999 , dan pada hemat saya mungkin harga sekitar RM59,999-RM69,000 ..Jika dibandingkan dengan Aprillia RS660 dalam kategori yang sama mungkin ianya agak rasional.
Pada saya rekaan Yamaha R7 agak menarik dengan rekabentuk yang dinamik dan lebih garang dengan lampu utama ditengah diapit dengan lampu nyalaan siang,,fuhh mantap kalu nak dibandingkan dengan Ducati panigale, rasanya boleh lawan ni.
Walaubagaimanpun dari segi engin Yamaha R7 menampilkan enjin "Crossplane CP2" yang terdapat pada Yamaha MT07 , enjin 2 Silinder 689cc dengan 73.4 PS pada 8,750 rpm dan 67Nm pada 6,500 rpm. Yamaha R7 dilengkapi dengan piston aluminium yang lebih tahan pada suhu yang tinggi dan ianya pasti mengekalkan prestasi terbaik sepanjang tunggangan.
Diharapkan model ini dapat dibawa masuk kepasaran Malaysia dalam tahun 2021 atau awal tahun 2022. Peminat R6 mungkin berkira-kira yang beralih kepada R7 dengan harga yang lebih murah berbanding model R6.