Proton sekali lagi bakal mengegarkan arena permotoran negara dengan MPV Exora Baharu 2020, ini menyaksikan kerjasama padu antara Proton Dan Geely.
Berdasarkan kemampuan Geely menghasilkan kenderaan berkualiti bertaraf dunia dapat disaksikan dengan kejayaan Proton X70. Tidak terhenti setakat itu sahaja, proton bakal membawa masuk sebuah lagi model bagi mengantikan Proton Exora.
Geely jia ji MPV bakal menjadi platform untuk model Exora. Teknologi baru bakal melengkapi model baru ini seperti :
- Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
- Bantuan Kekal Laluan (LKA)
- Bantuan Parkir Automatik (APA)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
- Bantuan Tukar Laluan (LCA)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Identifikasi Had Kelajuan (SLIF)
- Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)
- Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)