Posts

X50 kini semakin hampir!

Image
Imej terbaru Proton X50 yang tertiris di  dunia permotoran mengesahkan kehadiran X50 . Tambahan pula nama Proton X50 telah pun didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. 
Manakala pelancarannya belum dipastikan lagi..rakyat Malaysia sudah tidak sabar lagi menunggu jentera baru Proton. Adakah sehebat X70 atau sebaliknya.

Cuma harganya menjadi tanda tanya..ade juga perkongsian di internet meletakkan X50 dalam lingkungan harga RM75k - RM 85 k, namun ianya belum pasti.







Ducati Multistrada V4 2021

Image
Ducati kini dalam fasa pandu uji jentera Multistrada V4 dengan tersebarnya beberapa gambar yang menunjukkan sebuah jentera ducati multistrada dengan beberapa penambahbaikan untuk model ini.



kelihatan paparan depan lebih menarik dengan lampu daylight yang menarik seakan lampu Ducati streetfighter ..lain-lain bahagian nampak seperti model lama. Kemungkinan model ini dinaik taraf dengan enjin V4 yang terdapat pada Panigale V4. Jika ini berlaku maka harganya pasti mahal.




Terbaru BMW S1000XR 2020

Image
BMW Mottorad Malaysia telah melancarkan sebuah lagi model S1000 XR yang terbarunya mengantikan model  lama. Dengan reka bentuk yang lebih menarik dan mengancam, model ini dijangka akan mendapat sambutan yang baik terutama peminat supersport touring bike.




Panel meter digital antara salah satu ciri-cirinya yang menarik. S1000XR menawarkan empat gaya tunggangan iaitu:
Rain, Road, Dynamic and Dynamic Pro
Antara lain :
Hill Start Control Pro, Dynamic Traction Control DTC, DTC Wheelie Function and ABS Pro with cornering ABS.




Untuk harganya, anda boleh memilikinya dengan harga RM121,500 tidak termasuk Insuran dan cukai jalan.

TERKINI!! Proton X50 Spyshot.

Image
Setelah sekian lama proton X50 merahsiakan Identitinya, namun kali ini Proton X50 menampakkan paparan dalaman ( Dashboard )..memang jelas kelihatan logo Proton pada stering. Adakah penantian ini berbaloi?? 
Sama-sama kita nantikan pelancarannya nanti..mungkin dalam masa yang terdekat!. Rakyat Malaysia menantikan dengan penuh debaran untuk model ini dengan harapan ianya mampu dimiliki dengan harga yang terbaik.

Bagi saya, sekiranya harganya berpatutan pasti model ini akan HIT dipasaran dan menjadi ikon terbaru Proton selepas kejayaan X70.  

Keunikan BMW R18 baharu

Image
BMW Motorrad sekali lagi mengemparkan industri permotoran dengan memperkenalkan jentera baharu mereka R18 dengan mengembalikan rekaan klasik model R5.



Enjin berkapasiti 1802-air cooled boxer twin menghasilkan 91 hp pada 4750 rpm. Ini pastinya mengujakan sesiapa sahaja yang menunggangnya.

Sememangnya model klasik mempunyai identitinya tersendiri dan mempunyai peminat bukan sahaja dikalangan orang yang berusia malah menjadi trend dikalangan orang muda.




Kawasaki ZX-25R versi Lumba

Image
Peminat jentera motosikal berkuasa tinggi pasti tak sabar menantikan model terbaru kawasaki ZX-25R yang bakal mengegarkan arena permotoran.


Jentera berkapasiti 250cc tapi ini lain dari yang lain beb..deruman enjin sebaris dengan R6 dan CBR 650 ..Di jepun model ZX-25R bakal digunakan  dalam One-Make Racing Championship bermula 2021.


Aprilia RS 660 bakal dilancar di Malaysia

Image
Aprilia RS 660 mungkin menjadi idaman setiap peminat jentera dua roda dalam kelas middle weight 500cc ke atas..di adaptasi dari superbike RSV4 1100 menjadikan superbike RS660 tampak lebih agresif dengan enjin parallel-twin yang berkuasa.



Meter TFT digital full color dengan kemudahan mobile connectivity, 5 mod tunggangan, dan banyak lagi ciri-ciri seolah-olah anda menunggang sebuah RSV4.



Menurut pegawai pemasaran Aprilia Nicola Capello, model ini akan dibawa masuk untuk pasaran negara. Berkenaan dengan harga belum ditetapkan lagi ( mungkin dalam lingkungan 70k)