Skip to main content

Posts

Showing posts from March 6, 2022

Moto GP 2022 - Pusingan Pertama GP Qatar

  Moto GP 2022 telah bermula dengan menyaksikan pelumba Enia Bastianini dari pasukan Gresini Racing Motor menjadi juara dengan jenteranya Ducati. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Brad Binder dari Redbull KTM Factory Racing dan tempat ketiga dimiliki oleh Pol Espargaro dari Repsol Honda Team.  Moto GP Qatar 2022 menyaksikan juara bertahan Fabio Quartararo sekadar menduduki tangga ke sembilan.  Manakala Duo Suzuki iaitu Joan Mir dan Alex Rin hanya mampu ditempat ke-6 & 7 Pusingan ke-2 akan berlangsung di Litar Indonesia pada 20 Mac 2022. Pastinya lebih mendebarkan dengan aksi menarik sepanjang perlumbaan.

Yamaha 135LC Fi Baharu Lebih Padu!

  Yamaha 135LC Fi kini berada di Malaysia dengan harga pengenalan iaitu RM7,798 bagi versi asas dan RM8,198 bagi versi Special Edition ( tidak termasuk road tax, insuran dan pendaftaran). Yamaha LC sudah lama berada dipasaran Malaysia iaitu sejak tahun  2006 dan ini merupakan pembaharuan 100% bagi LC yang kini tampil dengan penampilan serba baru. Yamaha FC Fi dikuasakan oleh enjin silinder tunggal berkapasiti 135 cc dengan suntikan bahan api yang mampu menjana 12.5 hp @8000 rpm dan daya kilas 12.2@6000 rpm serta mematuhi piawaian Emisi Euro 4. Dengan transmisi 4 kelajuan, dan kerangka yang lebih ringan dan kukuh membantu kepada tunggangan yang lebih ergonomik dan tangkinya pula berkapasiti 4.6L membantu untuk tunggangan yang lebih jauh.

WMoto Scooter ES250i akan dilancarkan di Malaysia

  Peminat moto maxi-scooter pasti teruja dengan penampilan scooter baharu WMoto Malaysia dengan pelancaran ES250i tidak lama lagi. Ini menjanjikan persaingan diantara Yamaha x-max 250, forza 250, dan Modenas Elegen 250.  Model maxi-scooter WMoto ES250i telah pun didaftarkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, dan pastinya akan dilancarkan tidak lama lagi.Walaubagaimanapun model ini telah pun dilancarkan di Thailand pada tahun lepas. Model ini didatangkan dengan brek ABS, Screen LCD, dan Visor angin boleh laras. Mengenai kemunculannya akan dimaklumkan oleh Mforce Malaysia.