Skip to main content

Posts

Showing posts from January 31, 2021

Honda ADV 150 Malaysia

  Berita gembira buat peminat Honda Adv 150, kini Boon Siew HondaMalaysia telah melancarkan versi Scooter ADV 150 dengan reka bentuk seperti Honda X-ADV 750.  Dengan harga RM11,999 (tidak termasuk roadtax dan insuran) Honda ADV ditawarkan dalam dua warna Viva City Red dan Mat Charcol Gray Metallic. Adv 150 dilengkapi dengan Lampu LED dengan DRLs, meter digital LCD, windsield boleh laras dan honda smart key. Penampilan yang ranggi dan menarik pasti memikat sesiapa sahaja yang memandang. Moto ini juga dilengkapi dengan pengecas usb dan ruangan simpanan barang 27.8 liter. Kunjungi pengendar Boon Siew Honda untuk menyaksikan sendiri kehebatan Adv 150.

Honda X-ADV 2021 berwajah baru

  Honda X-Adv 2021 bakal menarik perhatian sekali lagi para peminat motosikal aventure and sport touring yang kini muncul dengan penambahbaikan dan kuasa. Kuasa enjin kini  ditingkatkan sebanyak 4 hp, menjadi 57.8 hp pada 6,750 rpm dan 69 Nm tork pada 4,750 rpm. Enjin masih lagi mengekalkan  dua silinder selari SOHC 745 cc. Dengan rekaan lampu depan led baru dan meter TFT 5" pasti mencuri tumpuan ramai Honda X-ADV  2021 menggunakan sistem ride by wire dan penunggang disediakan dengan lima mod iaitu Standard, Sport, Rain, Gravel dan User.