Skip to main content

Posts

Showing posts from December 8, 2019

CBR 1000 RR-R Fireblade 2020 #CBRMalaysia

Berita baik untuk peminat sukan permotoran terutamanya superbike. Kini CBR 1000RR-R Fireblade bakal mendarat di Malaysia tidak lama lagi, kemungkinan tahun depan. Apa yang menarik dengan CBR 1000RR-R baharu ini ialah ia diadaptasi dari jentera lumba Honda Racing 'Honda RV213-V' dengan enjin 4 silinder 999cc yang menghasilkan 215 kuasa kuda @14,500rpm. Rekabentuk yang Aerodinamik ditambah pula dengan teknologi jentera Honda Racing  pasti membuatkan peminat superbike terpikat !! 

CBR250rr Malaysia 2020

CBR 250RR pasti antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat motosikal berkuasa tinggi dalam ketegori 250cc. Setelah pelancarannya di Thailand dan Indonesia, diharapkan model ini bakal menerjah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Reka bentuk yang Lebih memukau ala-ala CBR 1000rr yang Baharu pasti menambahkan nilai dan menarik perhatian ramai. Ditambah pula model ini digunakan oleh Idemitsu Boon Siew Honda Racing untuk perlumbaan ARRC dalam ketegori 250cc. Antara lain motosikal ini dilengkapi dengan lampu depan dan belakang LED Serta enjin yang ditambah baik dengan kemampuan enjin untuk mencecah 181km/h . Angaran harga mungkin sekitar RM30k ..

Proton MPV baru mengantikan Exora

Proton sekali lagi bakal mengegarkan arena permotoran negara dengan MPV Exora Baharu 2020, ini menyaksikan kerjasama padu antara Proton Dan Geely. Berdasarkan kemampuan Geely menghasilkan kenderaan berkualiti bertaraf dunia dapat disaksikan dengan kejayaan Proton X70. Tidak terhenti setakat itu sahaja, proton bakal membawa masuk sebuah lagi model bagi mengantikan Proton Exora. Geely jia ji MPV bakal menjadi platform untuk model Exora. Teknologi baru bakal melengkapi model baru ini seperti : Kawalan Pelayaran Pintar (ICC) Bantuan Kekal Laluan (LKA) Bantuan Parkir Automatik (APA) Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki Bantuan Tukar Laluan (LCA) Pengesan Titik Buta (BSD) Identifikasi Had Kelajuan (SLIF) Amaran Pelanggaran Belakang (RCW) Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)