Boon Siew Honda Malaysia kini menampilkan jentera Honda ADV 160 baharu bagi mengantikan ADV 150 di pasaran. Varian baru Honda ADV 160 menampilkan jentera yang lebih ranggi dengan beberapa penambahbaikan ciri-ciri yang ada pada Honda ADV 150. Dengan naik taraf enjin dari 150 kepada 160 cc menjanjikan kepuasan dan power bagi setiap tunggangan iaitu 156.9 cc dengan 15.8 HP cukup untuk memberi kepuasan kepada penunggang Honda ADV160. Antara lain ciri-ciri yang ditambah baik seperti HSTC atau Honda Selectable Torque Control yang memberi kuasa dan cengkaman terbaik. Selain itu ADV160 didatangkan dengan rangka yang baru dan bentuk yang lebih sporty. Untuk pasaran Malaysia Honda ADV 160 boleh didapati dengan harga bermula RM12,999.
Blog Automotif di Malaysia