Skip to main content

Posts

Showing posts from November 21, 2021

Honda ADV 350 semakin hampir !

  Honda sekali lagi menampilkan model Scooter Adv 350 baru untuk pasaran eropah selepas kejayaan model X-Adv 750. Namun model ini mungkin sedikit lewat untuk pasaran Malaysia.  Honda ADV 350 pastinya dinantikan oleh peminat jentera motosikal skuter Honda terutama model ADV selepas kejayaan ADV 150 di Malaysia. Antara ciri-ciri menarik tentang Honda ADV 350 iaitu reka bentuk lebih sporty ala-ala X-ADV dengan paparan meter TFT . Menurut sumber skuter ADV 350 menggunakan enjin yang sama pada Forza 350 dengan 29 hp pada 7,500 rpm.

Yamaha T-Max Tech Max 2022

 Yamaha T-Max 560 (Tech-max) merupakan motosikal Maxi-scooter paling canggih yang dikeluarkan oleh Yamaha untuk pasarann Eropah dengan penambahan Meter TFT dan Body work yang lebih sporty dan dinamik. Bagi peminat scooter T-Max di Malaysia anda pasti akan menantikan kemunculan T-max Tech-Max. Yamaha T-Max Tech-Max masih mengekalkan enjin yang sama namun ia ditambah baik dengan reka bentuk yg lebih menarik dengan headlight depan yg lebih garang dan slim. Meter TFT 7 inci dilengkapi fungsi yang canggih dengan sistem Navigasi. T-Max Tech-Max didatangkan dengan Tiga color iaitu Kuning, Biru dan Grey. Berkenaan harga pastinya ia lebih mahal dari versi biasa iaitu RM72,000. Jangkaan saya mungkin sekitar RM82,000.