Skip to main content

Posts

Showing posts from July 12, 2020

BMW GS 40 YEARS ANNIVERSARY

BMW Mottorad sekali lagi membawa penampilan baru untuk model GS dengan grafik baru, ditambah pula dengan kombinasi warna hitam dan kuning gold. Turut dikemas kini antaranya lampu signal led, ABS Pro dan DTC. Apa yang menarik tentang design baru ini ialah rekaan logo edisi khas (40 years) dan warna yang cantik dengan kemasan tempat duduk. 

Mitshubishi XPANDER Pencabar Baru Honda BR-V dan Perodua Aruz

Persaingan sengit bakal bermula dengan kemunculan Mitshubishi XPANDER dalam kategori " crossover MPV"  akan bersaing dengan BR-V , ARUZ dan yang seangkatan dengannya. Model ini dilengkapi dengan enjin 1.5L dengan MIVEC Powerplant. Model ini mungkin akan dipasarkan di Malaysia bagi kategori "Crossover MPV" , walaubagaimanapun pelancarannya belum diketahui bila.  Dengan 7 tempat duduk dengan panjang kereta  4,475mm dan lebar  1,750mm menjadikan ia lebih panjang dan lebar berbanding BR-V.

Kawasaki ZX-25 R Malaysia 2020

Kawasaki Thailand telah pun melancarkan model baru Kawasaki ZX-25R untuk pasaran Thailand dengan harga 269,000 baht (RM36,450) ..diharapkan Kawasaki Malaysia dapat menpercepatkan kemasukkan ZX-25R ke pasaran Malaysia. Untuk pasaran Thailand Kawasaki ZX-25R di datangkan dengan model standard ABS dan quick shifter dengan 2 pilihan warna hitam dan hijau. Manakala di Indonesia mereka dapat satu lagi option iaitu ZX-25R SE. Malaysia masih menunggu kehadiran Kawasaki ZX-25 R dengan penuh debaran.

X50 kini semakin hampir!

Imej terbaru Proton X50 yang tertiris di  dunia permotoran mengesahkan kehadiran X50 . Tambahan pula nama Proton X50 telah pun didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.  Manakala pelancarannya belum dipastikan lagi..rakyat Malaysia sudah tidak sabar lagi menunggu jentera baru Proton. Adakah sehebat X70 atau sebaliknya. Cuma harganya menjadi tanda tanya..ade juga perkongsian di internet meletakkan X50 dalam lingkungan harga RM75k - RM 85 k, namun ianya belum pasti.