Pelancaran Honda City Generasi kelima di Thailand baru-baru ini memberi nafas baru buat model Honda City selepas pelancaran Honda elancaranJazz Baharu di Jepun. Honda City 2020 seakan model Honda Civic, namun begitu Honda City berada dalam kelasnya yang tersendiri. Gayaan lampu depan dan belakang menyerlahkan lagi model ini agar tampak lebih dinamik dan sporty. Tambah pula kemasan ruang dalaman (interior) yang menarik dengan paparan dashboard serba baru dan canggih. Honda City didatangkan dengan enjin lebih mesra Alam (Eco Car ) tiga silinder VTEC 1.0 turbo yang mampu menjana kuasa122PS dan Tork Maksimum 173 Nm pada 2,000-4,000 rpm. Saksikan Video di bawah untuk melihat model Honda City Baru ..
Blog Automotif di Malaysia