Yamaha 135LC Fi kini berada di Malaysia dengan harga pengenalan iaitu RM7,798 bagi versi asas dan RM8,198 bagi versi Special Edition ( tidak termasuk road tax, insuran dan pendaftaran). Yamaha LC sudah lama berada dipasaran Malaysia iaitu sejak tahun 2006 dan ini merupakan pembaharuan 100% bagi LC yang kini tampil dengan penampilan serba baru.
Yamaha FC Fi dikuasakan oleh enjin silinder tunggal berkapasiti 135 cc dengan suntikan bahan api yang mampu menjana 12.5 hp @8000 rpm dan daya kilas 12.2@6000 rpm serta mematuhi piawaian Emisi Euro 4.
Dengan transmisi 4 kelajuan, dan kerangka yang lebih ringan dan kukuh membantu kepada tunggangan yang lebih ergonomik dan tangkinya pula berkapasiti 4.6L membantu untuk tunggangan yang lebih jauh.