Moto GP 2022 telah bermula dengan menyaksikan pelumba Enia Bastianini dari pasukan Gresini Racing Motor menjadi juara dengan jenteranya Ducati. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Brad Binder dari Redbull KTM Factory Racing dan tempat ketiga dimiliki oleh Pol Espargaro dari Repsol Honda Team.
Moto GP Qatar 2022 menyaksikan juara bertahan Fabio Quartararo sekadar menduduki tangga ke sembilan. Manakala Duo Suzuki iaitu Joan Mir dan Alex Rin hanya mampu ditempat ke-6 & 7
Pusingan ke-2 akan berlangsung di Litar Indonesia pada 20 Mac 2022. Pastinya lebih mendebarkan dengan aksi menarik sepanjang perlumbaan.