Tidak seperti model terdahulu, Ducati Multistrada 2021 tampil berbeza dengan ciri-ciri serba baru dan bergaya. Di datangkan dengan tiga model iaitu V4, V4S dan V4S Sport. Manakala untuk sport model, ia dilengkapi dengan sistem yang terkini seperti hill control, cruise control, power modes dan banyak lagi.
Anda pasti teruja apabila melihat sendiri motosikal ini apatah lagi menunggangnya. Ducati Multistrada mengekal enjin berkapasiti 1158cc , V4 -enjin yang dikatakan amat berkuasa - 167 hp pada 10,500 rpm dan125 Nm tork.
Reka bentuk Multistrada baru kali ini lebih garang dengan lampu depan led menyamai ducati street fighter dan panigale.
Bagi mereka yang meminati motosikal Ducati pastinya tertunggu-tunggu pelancarannya di Malaysia selepas dilancarkan di pasaran Eropah dengan harga dalam lingkungan $19,995 V4 ( dalam lingkungan 85,000 kalau ikut tukaran usd to myr. Manakala untuk model V4S $22,000 dan $25,000 untuk V4S -Sport (Sekitar RM145,000) sama dengan BMW GS 1250.