Sumber: careta
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog todayscar, semoga anda sentiasa menjaga kesihatan dimusim covid-19. BMW kini selengkah kehadapan dengan penampilan skuter versi elektrik yang serba modern dan mewah.
Diberi nama BMW CE 04, didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang berkuasa 42 kuasa kuda (hp) cukup power untuk kegunaan seharian mahupun ke pejabat.
Kuasa pecutan 0-48 km/j hanya mengambil masa sekitar 2.6 saat, sementara pecutan 0-100 km/j pula adalah sekitar 9.2 saat.
Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 120 km/j sahaja, cukup sesuai untuk sebuah skuter kegunaan urban.